Saturday, September 4, 2010


15 minit bersama En Muhd Adha bin Mulyadi

Penasihat Kelab Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

1. Apakah perkembangan JPP dan SPR untuk sesi ini?

Setakat ini melalui pemerhatian saya sendiri amat memuaskan. Dengan setiap kerja yang dilakukan dan sudah bijak dalam pengurusan ahli. Ini adalah satu sikap yang elok dicontohi oleh mana-mana pelajar. Inilah yang dikatakan pemimpin sebenar.

2. Bagaimana dengan JPP kali ini? Adakah setiap program yang dianjurkan oleh kolej dibawah kelolaan JPP sepenuhnya?

Seperti JPP sebelum ini, memang program yang dianjurkan oleh Kolej sendiri akan diuruskan sepenuhnya oleh JPP. Cuma kali ini yang saya nampak kelainan adalah JPP semakin aktif dan bijak mengambil peluang. Disini pensyarah hanya akan lihat dari belakang, jika perlu bantuan barulah mereka akan turut membantu.

3. Bagaimana dengan aktiviti yang terdekat?

Yang terdekat ini adalah Kursus kepimpinan di Pangkor dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kolej Komuniti Pasir Salak.

4. Perbandingan JPP sekarang dengan sebelum ini?

Sama seperti yang saya cakap tadi, alhamdulillah JPP kali ini baru saya nampak pergerakan.. JPP sebelum ini kita nampak agak kurang menonjol walaupun ada aktivit yang dilakukan. Program dibawah JPP sesi 2009 kali ini nampak berjalan lancar.

5. Apa pendapat En.Adha tentang slot khas yang disediakan oleh Exco Multimedia di papan kenyataan?

Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja dan kreativiti Exco Multimedia dalam membangunkan papan kenyataan untuk tontonan pelajar dan pensyarah. Ini bagi memudahkan pensyarah tahu apa yang telah dijalankan di kolej mahupun diluar dibawah kelolaan JPP sepenuhnya. Syabas diucapkan kepada ecxo multimedia sendiri. Harap pada masa akan datang slot ini dapat diteruskan.

6. Harapan kepada ahli JPP?

Berharap selepas ini JPP bergerak lebih proaktif dari masa ke masa. Disamping itu juga bergerak dalam satu pasukan dan sentiasa memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

Ucapan En. Mohamad Akhyar

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpahnya, sidang redaksi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak berjaya menghasilkan E-Majalah untuk KKPS. Saya berharap para pembaca dapat meluangkan masa untuk membaca dan mengetahui perkembangan yang berlaku di kolej kita ini. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya barisan JPP KKPS sesi Januari 2009 yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti melibatkan para pelajar KKPS sepanjang sesi Januari 2009.

Semenjak kolej ini ditubuhkan bermula dari 2003, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dari segi aktiviti dalam kelas mahupun aktiviti luar kelas.

Bagi saya JPP merupakan mewakili denyut nadi seluruh warga pelajar kolej. Komitmen yang diberikan oleh barisan JPP yang berketerampilan dan bersungguh-sungguh membolehkan kebanyakkan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya.

Mungkin ini adalah wadah nukilan yang pertama dari barisan JPP KKPS terutamanya exco penerbitan dan hebahan. Oleh yang demikian mungkin terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa kesemasa. Mungkin usaha seumpama ini perlu diteruskan di masa-masa mendatang dan perlu di buat penambahbaikan. Sekalung tahniah juga harus diungkapkan kepada penasihat JPP yang berkaliber dan berwawasan seperti Encik Mohd Adha Bin Mulyadi serta Cik Nursakinah yang tidak jemu-jemu memastikan wadah yang mewakili pelajar ini bergerak aktif.

Semoga hasil sulong JPP ini mampu menjadi tatapan seluruh warga kolej bagi mengetahui serba sedikit berkaitan Kolej Komuniti Pasir Salak yang kita sayangi ini. Majulah warga kolej untuk kegemilangan kita bersama. Warga didahulukan pencapaian diutamakan, kearah satu Malaysia yang lebih gemilang.

Yang benar


....................................................

(Mohamad Akhyar Bin Mohd Noor)

Pegawai Hal Ehwal Pelajar

Kebajikan dan Disiplin

Kolej Komuniti Pasir Salak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Logo Rasmi Baru JPP

Logo Rasmi Baru JPP
Berkuatkuasa 28 Mac 2011