Tuesday, October 13, 2009

Karya Pelajar 4


Luahan Keinsafan
Khatijah Binti Abu Hassan (NYDP JPP)

Aku terhumban di satu ruang yang sempit
dalam kamar yang kosong
tanpa apa-apa
dan mengelupur kepanasan
mengigil kesejukkan

Keadaan gelap gelita
Sunyi dan terasing
Jauh dari suara hakiki
Hanya bunyi rentapan kaki
Sayup dalam diam
dalam bersendirian
tiba-tiba...
Mungkar dan Nankir
memikul suara mata pedang
lalu menekan ke lubuk nurani...

Getaran suara menusuk timpanumku
Siapa TuhanMu?
Siapa NabiMu?
Siapa SaudaraMu?
Apa ikatanMu?
Mana KiblatMu?
Tiada sapa yang bisa membantu ketika itu
Hanya amalan menjadi penampan
bagi menangkis seksaan dan azab ilahi

Tabuh bergema mengejutkan aku
Sayup berkumandang suara azan
Mendayu memecah kesunyian subuh
Bersama kokokan ayam yang setia

Tersentak aku sejenak
Mengimbas kembali mimpi ngeri
baru kuinsaf diri ini
menanti giliran
bakal bertemu dengan Pencipta-Nya

Betapa hina jasad mati
lantaran kemanusiaan telah lenyap
kelebihan diri bukan gumpalan daging ini
Kemahuanlah yang membawa kemuliaan
Kemuliaanlah menjadi keagungan
Lantaran yang lebih penting hidup ini
Keimanan Keilmuan dan Ketaqwaan....

Karya Pelajar 3


Seloka Mat Remp-it @ Samseng Jalanan
Nur Fazliza Amira Binti Mohamad Misran (sednag praktikal)

Tatkala hebat mula diperkata
Entah bagaimana mendapat nama
Atas jalan kononnya juara
Tersungkur jua mula merana

Bagai sungguh digelar rempit
Sekali pecut bagai pelesit
Kerana fikiran dah mula sempit

Kalau difikir cari penyakit
(haa..pdn kan muka)

Alasan diberi nak tunjuk jantan
padan dengan betina berkenan
Aksi lagak di atas jalan
mengalahkan beruk kena belacan
(haha.. no komen)

Bertambah hebat satu tayar
Boleh berbaring masuk gear
Adat bertaruh kena bayar
habuan dikejar awek dipigar
(Astagfirullah..)

Jumpa selekoh ditunggang baring
Saja nak uji spring
Ekzos ada tak cukup bising
Teguran diberi tak ambil pusing


Tayar depan biasa diangkat
Yang belakang pun boleh dibuat
Apabila polis adakan sekatan
mula buat muka tobat
(tp skrang dh ln plak jd..
haa..lu pkirlah sndri)

Darah muda dikata gelora
Sahut cabaran tak kena gaya
Walaupun aksi sungguh mempersona
Tapi sayang salah tempatnya

Hargai keselamatan orang lain

Nyawa bukan dibuat main
Undang-undang tidak prihatin
Akhirnya tubuh yang dibalut kain
(kain kt hosp tk per..
tp kalau kain kapan..huhu)

Gelagat terlibat ambil iktibar
Daripada terusan menjadi tegar
Ingatlah pesan walau sebentar
Kelakuan yang buruk harus di selar
(haa..ingatlah mak dan ayah yg kt rumah tu
yg dok risau kt kome)




Karya Pelajar 2


TUHANKU...
Nur Ikhwan Bin Roslan (bekas Pelajar)

Seandainya telah kau catatkan dia milikku
tercipta untukku
dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku
tetapkanlah kemesraan antara hati kami
agar kebahagian itu kekal abadi
dan Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
bawalah dari jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharalah diri ku dari kecewa

Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berikanlah daku kekuatan
melontar bayangan ke dada langit
hilang bersama senja merah
dan gelap pekat malam
agar aku rasa bahagia
walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku yang tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah yang telah patah
meskipun tidakkan sama dengan dirinya

Jika benar Kasih itu Sejati
maka bebaskanlah ia
jika ia benar-benar suci
ia akan datang dengan sendirinya
tetapi jika ia pergi dan tidak berkunjung lagi
maka anggaplah
pertemuan ini memang tidak wujud dari awal lagi..

Tinta layangan dari Hamba Allah



Karya Pelajar 1

Bas tanpa Penumpang
Nur Rashidah Yasmin Bin Abu (bekas pelajar)


Pada suatu malam Jumaat, di sebatang jalan yang sunyi sepi dan berdekatang dengan jirat cina dan kubur lama. Dikeliling kelapa sawit dan hanya sesekali kereta yang melalui. Terdampar sebuah kereta kancil AGE 3143 dibahu jalan. Penumpang yang terdiri daripada Wan, Shah dan Sharil, ketahuan dan mendiamkan diri di dalam kereta. Shah sebagai penumpang yang paling berani merangkap jawatan sebagai pemandu Kancil AGE 3143 ini akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dan memeriksa enjin kereta milik tunangnya itu. Wan sharil hanya kaku ditempat masing-masing. Orang perempuan memang tak tahu jaga kereta, keluh Shah seraya memanggil Wan dan Sharil untuk keluar. "Korang tahan kereta yang lalu, kalau tidak sampai esok pagi kita sangkut disini". Tiba-tiba penglihatan Wan menangkap sebuah bas sekolah yang bergerak sangat perlahan. Bas itu bergerak dengan perlahan tanpa pemandu dan penumpang. Wan memanggil Shah dan Sharil. Mereka hanya menunggu bas itu kerana tidak ada yang mampu dilakukan. Bas sudah semakin hampir. Mulut Shah sudah terkumat-kamit membaca mentera yang diajar oleh neneknya. Wan sudah terhidu bau yang tidak menyenangkan. Bau yang sama seperti berada dalam bas Rapid KL yang Indon, Bangla dan macam-macam lagi bangsa. Seluar Shah sudah basah memikirkan keadaan mereka bertiga akan dicekik dan dilapah hantu yang berbau itu. Bas semakin hampir, bau juga semakin kuat. Ketiga-tiga mereka sudah basah seluar. Tiba-tiba "ane Aby, tolong la kami ini. Sudah lima jam tolak bas. Bau pun sudah itu macam bau bangla dalam Rapid. Tolong la abang. lu 3 orang apasal suar itu ada sikit basah??? Mereka bertiga ternganga melihat 2 orang India yang berbadan sasa sudah lenjun bermandi peluh.

Lagu Rasmi JPP - berkuatkuasa 20 April 2009


Gemuruh
Penyanyi asal : Faizal Tahir
Nyanyian semula : Barisan JPP 2009


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda


Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda


Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti


Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Logo Rasmi Baru JPP

Logo Rasmi Baru JPP
Berkuatkuasa 28 Mac 2011