Tuesday, September 7, 2010

Ucapan En Shahrul Ridzuan - Bekas YDP JPP Jan 09


Assalamualaikum w.b.r


Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada badan induk program ini kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk meyampaikan ucapan mewakili pelajar didalam E-Majalah ini. Bersyukur kehadirat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat juga pihak ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Penyelaras JPP menyiapkan E-Majalah yang sulung kalinya diterbitkan untuk warga Kolej Komuniti Pasir Salak . Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan-rakan pelajar yang telah menamatkan pembelajaran dalam bidang masing-masing.

Pertama kalinya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga kolej yang banyak membantu saya dan dorongan untuk membantu saya berada di barisan hadapan. Dengan ini, secara tidak langsung ia membantu JPP bagi melaksanakan setiap masalah dan program yang ada didalam institut ini. Berbanggalah bahawa pelajar-pelajar sekalian adalah manusia yang terpilih kerana anda adalah warga Kolej Komuniti Pasir Salak. Terima kasih pada kerajaan yang banyak membantu masyarakat dan secara amnya membantu golongan pelajar yang minat menyambung bidang-bidang kemahiran dan teknikal untuk mengekplotasi diri sendiri untuk maju lebih kehadapan.

Oleh yang demikian, marilah kita merebut peluang ini untuk memajukan diri, bermulalah tindakan dari diri sendiri. Pastikan matlamat dan tindakan itu jelas supaya mudah untuk kita menyempurnakannya. Untuk kita menjadi orang yang cemerlang, pastikan hari ini lebih baik dari semalam, pastikan setiap hari anda lebih baik dan cemerlang, insyallah sepanjang hayat anda akan cemerlang. Pastikan anda sentiasa berusaha dan bertawakal sekiranya ingin berjaya, jangan sesekali berputus asa. “Orang yang paling hebat adalah orang yang sudah jatuh dan bangun kembali”. Semoga keputusan cemerlang anda untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Sekian, terima kasih,


Wassalam


“Jumpa anda dipuncak kejayaan”


Mohd Shahrul Ridzuan Bin Mohd Radzi

YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Kolej Komuniti Pasir Salak

Sesi Januari 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Logo Rasmi Baru JPP

Logo Rasmi Baru JPP
Berkuatkuasa 28 Mac 2011