Monday, October 19, 2009

Perihal tentang "The True Life"




The True Life

Itulah tajuk yang menjadi pilihan blogger ini.. Bukan kerana sengaja tapi kebetulan terlintas dan memang berlaku ke atas blogger ini dan beberapa Ahli Kelab Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini. Mungkin bagi ahli yang lain, inilah masa untuk tonjokan diri dan masa untuk keluar berjalan-jalan. Senang kata JPP adalah satu kelab yang membantu, memudahkan pelajar dan pasti menyeronokkan..

Antara sebab-musabab:
  • Membina jati diri (kepimpinan)
  • Membuatkan diri lebih berdisiplin (datang awal untuk setiap pertemuan & rajin)
  • Berani tampil ke hadapan ( untuk yg tak pernah)
  • lebih tonjol dari pelajar biasa
  • dan yang pasti apabila ada sesuatu program, JPP akan diutamakan... Andai kata JPP kena hadir untuk satu kursus di Melaka, disutulah ahli JPP akan ambil peluang untuk berjalan jauh sambil menjalani kursus seperti biasa.
Jadi ambillah peluang ini.. Terokai segalanya dalam JPP.. pelajari dan gunakanlah seelok-eloknya...

Tapi JPP ini ada kelemahannya juga..

Andai kata seorang itu mahu berjalan dengan keluarga atau kebetulan program keluarga bertentang dengan program JPP, jadi disitulah pengorbanan dalam kehidupan memainkan peranan...

Situasi ini berlaku kepada blogger ini sendiri dan lima(5) orang lagi ahli JPP yang dikenali sebagai JFC (JPP Fan Club). Asal hari minggu atau waktu petang yang tiada kuliah pasti mereka akan dipanggil oleh penyelaras JPP. Mungkin untuk perjumpaan, mesyuarat, atau minta pertolongan. Tapi, bagi ahli JPP pula jangan jadikan ia satu alasan dan sebab kerana anda yang sendiri pilih untuk masuk JPP. Bukan blogger, pensyarah2 atau sesiapa sahaja yang terlibat.
Jadi hendak atau tidak... Jalankan sahaja tanggungjawab anda sebagai JPP dan perintis antara pelajar dan pensyarah-pensyarah..

Jadi itulah yang sebenarnya berlaku di sebalik pilihan tajuk "The True Life" .. Apa tunggu lagi.. Keputusan di tangan anda untuk melibatkan diri di dalam JPP atau pun sekadar melihat sahaja.

Assalamualaikum dari Blogger ini...

Karya Pelajar 10


Kawan@Dendam
(Hasil nukilan : Nur Ikhwan Bin Roslan)

Kawan...
Dulu engkaulah pengubat dikalaku kesunyian,
Dulu engkau bagaikan cahaya lilin yang menerangi hidupku,
Dulu engkau mampu buatku tersenyum
disaat menempuh dugaan,
Dulu engkaulah pemberi semangat dan dorongan
padaku tuk menjadi insan yang tabah
dan tidak mudah putus asa...

Kawan...
Andainya aku mampu memutarkan waktu
teringinku bersamamu selalu
kau umpama angin yang hadir dikalaku sedirian
Dulu engkau tidak pernah kenal erti
jemu tika bersamaku
Segala pengorbanan yang engkau hulurkan
tidak akan kulupa & kusemadikan dalam ingatanku...

Kawan...
Masih ingatkah dikau sewaktu kita mula bertemu
kita saling tidak mengenali sesama lain,
Baginya sukar untuk menghulurkan salam perkenalan
hanya secebis senyuman yang mampu kita hulurkan ,
Namun takdir menentukan segalanya, kita adalah bersama,
walaupun hanya seketika, aku berterima kasih kepadamu
kerana memberi secebis ruang buatku bergelar...
SAHABATMU...

Kawan...
kini segalanya telah berlalu hanya tinggal kenangan,
kini segalanya telah berlaku dihadapan mata kita
Kaulah punca segalanya...Kaulah...
Kaulah yang mengajarku erti sifat Dendam
Inilah yang paling aku ketakuti selama ini...
tapi sekarang sudah terlambat..
Kaulah pembuka segalanya...

Dendam...
Mengapa kau mengacaubilaukan perasaanku?
Adakah kerana kuasa, pangkat dan harta?
Adakah kerana rasa tamak haloba?
Yang tidak pernah puas dengan kemewahan dunia...
atau kerana seorang wanita yang yang diberi gelaran teman wanitamu...

Dendam...
Mengapa kawanku?
Mengapa kau tidak puas hati dengan rakanmu ini?
Mengapa diri ini kau benci?
Mengapa kelebihanku ini kau cemburukan?
Mengapa kemanisan hidupku kau punahkan?
Mengapa nikmat kasoh sayang bersama keluargaku kau rampas?
Aku ini rakanmu.. Sedarlah wahai kawanku...

Dendam...
Tamatkanlah sahaja kemelut perasaanmu itu,
agar tiada lagi sengketa di antara kita
Aku rindu tuk menegurmu seperti dulu,
aku rasa perlu tuk menasihatimu
kenangan terindah sewaktu menuntut ilmu bersamamu dulu,
berkongsi masalah dan cerita,
bergelak tawa bersama, ..
alangkah bagusnya...

Tapi kini ku sedar kau sudah semakin jauh
terpesong dari landasannya
terhanyut dalam arus remaja
yang biasa membuatkan kau tergelincir mengatur langkah
merencana masa depan remajamu
kepadanya ku berserah agar sengketa dan dendam ini
dapat dihabiskan riwayatnya....
Semoga Tuhan memberi Nur Hidayah kepadamu kembali...
ke pangkal jalan...
Wahai kawanku..rakanku..sahabatku..


Karya Pelajar 9


SeL0kA STM 1 - Januari 2009
(Rozilawati Binti Yusob - Sekarang STM 2)


Assalamualaikum.. pembuka bicara
Buat... tatapan korang semua
Kami pelajar berperangai gila-gila
Dipenghuni oleh 17 puteri 3 putera
Seloka STM1 nak mula dah ni
Hanya khayalan bukan realiti
Buat tatapan dikala sunyi
Ayahanda kami baik orangnya
Mengajar internet penuh bergaya

Encik Yusrizal kesayangan semua
Ketua kelas jawatan diberi
Kalau marah mesti tak jadi
Itulah Zul ketua kelas kami
Namun begitu dia tetap kami hormati
Sorang suka gelak sorang suka senyum saja
Kemana-mana asyik dia orang dua aja
Walau dikritik dan dikata
Any dan A'ah slumber sahaja
Buat bising prinsip hidupnya
itulah Pija duk Beruas
Bila ditanya dah mula terpinga-pinga
Tapi tak pa dia rajin orangnya
Membuat lawak itulah kerjanya
Suka bergurau sambil tersenyum
Ita bercakap tiada hentinya

Lelaki di ayat pasti tergamam
Seorang pendiam seorang peramah
Sentiasa ayu selamba sahaja
Pergi PS satu lumrah
Aini dan Ina itulah orangnya
AinZul gelaran diberi
"Ain" nama glamournya
Bergaya merupakan satu hobi
Padahal dia sudah berpunya
Sha tersenyum alahai..manja
Tapi awas dah ada orang punya
Kak Hajar apa kurangnya
Kalau bercakap tiada noktah
Wah minat menyanyi
Tak nak dengar tak sampai hati
Wanie orangnya
Naik motor ke kolej setiap hari

Kecil molek si cili padi
Ila empunya diri
Loyar buruk, kesian tak pernah jadi
Jejaka nak tackle alahai.. perit sekali
Merempit merupakan hobi
mana taknya EX5 yang dinaiknya
Adam nama diberi
Time meniru hebat sekali
cantik orangnya berkaca mata
Sue dari Ipoh dia mari
Katty pula pujaan jejaka
Maklumlah cute bak puteri
Pasangan yang akrab di kelas kami
Aton dan Ila nama diberi
Sekali dipandang payah nak dikenali
Maklumlah mereka sepupu
Tinggal dirumah sewa menjadi pilihan
Itulah Wawa nama diberi
Nasib baik ramai nak jadi teman
Tak de la hidupnya keseorangan
Petik suis sekali sekala
Itulah Khoogi nama diberi
Wei pula kuat ulangkaji
Time exam resultnya...fuh.. hebat sekali

Kami mengutuk hanya disini
Untuk tatapan menghibur hati
Doakan kami STM1(skrang STM2)
tahun ini..
Ampun maaf kami akhiri
Sekian sahaja seloka kami
Jadikan ia satu kenangan
Andai kata kita berjumpa lagi
Kenangankan ia dalam ingatan

Karya Pelajar 8

We Want Peace!!
(Nor Laila Binti Mohamed Nor)

Where can we find peace?
Is it on the chair?
Is it above the sky?
Is it behind the mountain?
or is it deep under the sea?

Think again
If love and peace is so strong
Why are there pieces of love that don't belong
Nation dropping bombs
People suffering and dying
The war is on going but there are no reasons why
so, ask yourself, is peace realy gone?

so what is really going on this world?
Has the world gone insane?
What are we waiting for?
Let's all change the world and market it peaceful again
Say "no" to war and say "yes" to peace

Just imagine living in the world in peace,
people living in love and harmony,
A calm surrounding and no fighting,
Only greeting, respecting and believing,
so, what do we choose?
choose peace
And together we all say "WE WANT PEACE"

Sunday, October 18, 2009

Karya pelajar 7



Air Mata Ibu..
(Nur Ikhwan Bin Roslan - bekas pelajar)

Butiran kering yang menggelincir lewat pipi,
Keriput dipahat angin dan waktu,
Menjelmalah negeri-negeri yang penuh kenangan,
Menyanyikan tanah leluhur yang tergusur,
Ku peluk Ibu,
Meneguk kasih sayang yang terus mengalir
dari mata air yang tidak pernah kering
Menyirami ladang-ladang kerontang dalam dada

Dimanakah suara orang mengaji itu ibu?
Ketika malam berangkat subuh,
Ketika tidurku dipangkuanmu,

Siapakah engkau ibu?
Melukisi matahari dengan jemarimu,
memerhati batu dengan air mata
dalam dada anak-anakmu

Dan airmata itu melumuri mukaku
datang dari negeri jauh
tanah yang ditinggalkan
Sejak Adam terusir dari syurga


*ditujukan khas untuk Ibu2 KKPS, Ibu2 Malaysia, dan tuk 3 org ibuku yang tersayang
Puan Halimah (ibu Kandung), Puan Azura (ibu angkat), Puan Saarah( Ibu angkat Grik)

Karya Pelajar 6

Pantun Nasihat
(Nurain Binti zahari & Fazila Binti Ibrahim - sedang praktikal)

Pokok duku ditepi pagar
Pagar dihiasi si bunga cina
Teman-teman rajinlah belajar
Bila dewasa hidup sempurna

Terbang tinggi di awan biru
Hujan gerimis baru reda
Hendaklah kita hormati guru
Supaya berkat ilmu didada

Sungguh banyak daun palas
harimau garang jangan diterpa
Biarpun budi tidak minta dibalas
Jasa mereka jangan dilupa

Jalan-jalan ke Rumah Mazlan
Mari berkumpul rakan dan taulan
Carilah ilmu buat bekalan
Hidup sejahtera aman berkekalan

Buah jambu masaknya merah
Mari dipetik untuk dirasa
Kita harus sayang ibu dan ayah
Mendidik kita sepanjang masa

karya Pelajar 5

Inikah Kawan??
(Nor Hanim Binti Adenan - sedang praktikal)

Kata mak...
kawan ibarat lebah,
ada madu ia pun muncul.

Kata abah...
kawan umpama kumbang,
habis madu terbang melari.

Kata atuk...
kawan umpama merpati,
disiul tidak mungkin hampiri,
ditabur jagung beribu menghimpit.

kata aku pula...
sekali aku dah ada kawan,
selamanya tetap kawan...

Hakikatnya...
Antara seribu kawan..
siapakah yang sudi bersama
mngutip permata?
dan siapakah yang sanggup
bersama merempuh
ombak karam di lautan...

Tuesday, October 13, 2009

Karya Pelajar 4


Luahan Keinsafan
Khatijah Binti Abu Hassan (NYDP JPP)

Aku terhumban di satu ruang yang sempit
dalam kamar yang kosong
tanpa apa-apa
dan mengelupur kepanasan
mengigil kesejukkan

Keadaan gelap gelita
Sunyi dan terasing
Jauh dari suara hakiki
Hanya bunyi rentapan kaki
Sayup dalam diam
dalam bersendirian
tiba-tiba...
Mungkar dan Nankir
memikul suara mata pedang
lalu menekan ke lubuk nurani...

Getaran suara menusuk timpanumku
Siapa TuhanMu?
Siapa NabiMu?
Siapa SaudaraMu?
Apa ikatanMu?
Mana KiblatMu?
Tiada sapa yang bisa membantu ketika itu
Hanya amalan menjadi penampan
bagi menangkis seksaan dan azab ilahi

Tabuh bergema mengejutkan aku
Sayup berkumandang suara azan
Mendayu memecah kesunyian subuh
Bersama kokokan ayam yang setia

Tersentak aku sejenak
Mengimbas kembali mimpi ngeri
baru kuinsaf diri ini
menanti giliran
bakal bertemu dengan Pencipta-Nya

Betapa hina jasad mati
lantaran kemanusiaan telah lenyap
kelebihan diri bukan gumpalan daging ini
Kemahuanlah yang membawa kemuliaan
Kemuliaanlah menjadi keagungan
Lantaran yang lebih penting hidup ini
Keimanan Keilmuan dan Ketaqwaan....

Karya Pelajar 3


Seloka Mat Remp-it @ Samseng Jalanan
Nur Fazliza Amira Binti Mohamad Misran (sednag praktikal)

Tatkala hebat mula diperkata
Entah bagaimana mendapat nama
Atas jalan kononnya juara
Tersungkur jua mula merana

Bagai sungguh digelar rempit
Sekali pecut bagai pelesit
Kerana fikiran dah mula sempit

Kalau difikir cari penyakit
(haa..pdn kan muka)

Alasan diberi nak tunjuk jantan
padan dengan betina berkenan
Aksi lagak di atas jalan
mengalahkan beruk kena belacan
(haha.. no komen)

Bertambah hebat satu tayar
Boleh berbaring masuk gear
Adat bertaruh kena bayar
habuan dikejar awek dipigar
(Astagfirullah..)

Jumpa selekoh ditunggang baring
Saja nak uji spring
Ekzos ada tak cukup bising
Teguran diberi tak ambil pusing


Tayar depan biasa diangkat
Yang belakang pun boleh dibuat
Apabila polis adakan sekatan
mula buat muka tobat
(tp skrang dh ln plak jd..
haa..lu pkirlah sndri)

Darah muda dikata gelora
Sahut cabaran tak kena gaya
Walaupun aksi sungguh mempersona
Tapi sayang salah tempatnya

Hargai keselamatan orang lain

Nyawa bukan dibuat main
Undang-undang tidak prihatin
Akhirnya tubuh yang dibalut kain
(kain kt hosp tk per..
tp kalau kain kapan..huhu)

Gelagat terlibat ambil iktibar
Daripada terusan menjadi tegar
Ingatlah pesan walau sebentar
Kelakuan yang buruk harus di selar
(haa..ingatlah mak dan ayah yg kt rumah tu
yg dok risau kt kome)




Karya Pelajar 2


TUHANKU...
Nur Ikhwan Bin Roslan (bekas Pelajar)

Seandainya telah kau catatkan dia milikku
tercipta untukku
dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku
tetapkanlah kemesraan antara hati kami
agar kebahagian itu kekal abadi
dan Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
bawalah dari jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharalah diri ku dari kecewa

Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berikanlah daku kekuatan
melontar bayangan ke dada langit
hilang bersama senja merah
dan gelap pekat malam
agar aku rasa bahagia
walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku yang tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah yang telah patah
meskipun tidakkan sama dengan dirinya

Jika benar Kasih itu Sejati
maka bebaskanlah ia
jika ia benar-benar suci
ia akan datang dengan sendirinya
tetapi jika ia pergi dan tidak berkunjung lagi
maka anggaplah
pertemuan ini memang tidak wujud dari awal lagi..

Tinta layangan dari Hamba Allah



Karya Pelajar 1

Bas tanpa Penumpang
Nur Rashidah Yasmin Bin Abu (bekas pelajar)


Pada suatu malam Jumaat, di sebatang jalan yang sunyi sepi dan berdekatang dengan jirat cina dan kubur lama. Dikeliling kelapa sawit dan hanya sesekali kereta yang melalui. Terdampar sebuah kereta kancil AGE 3143 dibahu jalan. Penumpang yang terdiri daripada Wan, Shah dan Sharil, ketahuan dan mendiamkan diri di dalam kereta. Shah sebagai penumpang yang paling berani merangkap jawatan sebagai pemandu Kancil AGE 3143 ini akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dan memeriksa enjin kereta milik tunangnya itu. Wan sharil hanya kaku ditempat masing-masing. Orang perempuan memang tak tahu jaga kereta, keluh Shah seraya memanggil Wan dan Sharil untuk keluar. "Korang tahan kereta yang lalu, kalau tidak sampai esok pagi kita sangkut disini". Tiba-tiba penglihatan Wan menangkap sebuah bas sekolah yang bergerak sangat perlahan. Bas itu bergerak dengan perlahan tanpa pemandu dan penumpang. Wan memanggil Shah dan Sharil. Mereka hanya menunggu bas itu kerana tidak ada yang mampu dilakukan. Bas sudah semakin hampir. Mulut Shah sudah terkumat-kamit membaca mentera yang diajar oleh neneknya. Wan sudah terhidu bau yang tidak menyenangkan. Bau yang sama seperti berada dalam bas Rapid KL yang Indon, Bangla dan macam-macam lagi bangsa. Seluar Shah sudah basah memikirkan keadaan mereka bertiga akan dicekik dan dilapah hantu yang berbau itu. Bas semakin hampir, bau juga semakin kuat. Ketiga-tiga mereka sudah basah seluar. Tiba-tiba "ane Aby, tolong la kami ini. Sudah lima jam tolak bas. Bau pun sudah itu macam bau bangla dalam Rapid. Tolong la abang. lu 3 orang apasal suar itu ada sikit basah??? Mereka bertiga ternganga melihat 2 orang India yang berbadan sasa sudah lenjun bermandi peluh.

Lagu Rasmi JPP - berkuatkuasa 20 April 2009


Gemuruh
Penyanyi asal : Faizal Tahir
Nyanyian semula : Barisan JPP 2009


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda


Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda


Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti


Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Saturday, October 10, 2009

Bicara Siswa Siswi KKPS & Aktiviti sepanjang Januari - Jun 2009

Bicara Siswa & Siswi Kolej Komuniti Pasir Salak

  1. Bilik Gerakan Khas JPP
  2. Hari Terbuka Kolej Komuniti Pasir Salak
  3. Sukan Kolej Komuniti Pasir Salak
  4. Penerbitan Majalah KKPS
  5. Malam Kebudayaan KKPS
  6. Sesi Berdialog bersama pelajar KKPS
  7. Water Cooler untuk pelajar yang bersukan(waktu petang)
  8. Tapak perhimpunan yang sesuai
  9. Kes kecurian komponen motosikal
  10. Komputer terlalu banyak virus dan terlalu perlahan
  11. Peralatan bilik kuliah tidak mencukupi
  12. Baikpulih surau belakang untuk wanita

Aktiviti-aktiviti Sepanjang Januari - Jun 2009

  1. Minggu Suai Kenal(MSK) untuk pelajar sesi baru
  2. Pilihan Raya Kampus
  3. Penyerahan Watikah Perlantikan JPP
  4. Sambutan Maulidur Rasul
  5. Kursus Kepimpinan JPP
  6. Penerbitan Buletin Harian JPP
  7. Penyerahan Tag Nama JPP kepada ahli JPP
  8. Penubuhan Kelab Rukun Negara
  9. Perasmian Surau Baru dan Bacaan Doa Yassin Untuk peperiksaan akhir semester
  10. Sukan Kolej Komuniti @ MASKOM
  11. Majlis Kesyukuran Pengarah & KJKK - En Rosli Bin Idris & En Roslan Bin Noordin

Friday, October 9, 2009

Pengertian Logo Rasmi JPP

Logo Rasmi JPP - berkuatkuasa Julai 2009

Warna

Merah : Keberanian dalam bersuara demi memperjuangkan hak-hak pelajar
Biru : Kejujuran & kemuliaan dalam sesuatu pekerjaan
Kelabu : Memperjuangkan keadilan pelajar-pelajar KKPS


Lambang
Logo Kolej Komuniti : Logo Kolej Komuniti Se-Malaysia
Bayang-bayang orang : Bekerjasama dalam satu pasukan
Lengkok atas : Kekuatan JPP KKPS sebenar ( The Real Of Power)
Lengkok bawah : Sikap JPP yang tidak mudah menyerah kalah dan putus asa dalam
menegakkan hak-hak pelajar KKPS.


Slogan Rasmi JPP KKPS

"Suara Anda Perjuangan Kami"
  • Segala pandangan & cadangan positif dari pelajar-pelajar dan juga ahli JPP sendiri akan kami juangkan atau suarakan ke pihak pengurusan KKPS. Segala hak-hak asas pelajar akan ditunaikan berdasarkan kata putus dari pihak Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Suara anda mewakili pelajar KKPS, Kami adalah barisan JPP yang dilantik dan terlatih.

Kenali Kami

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah satu kelab pelajar yang ditubuhkan khas untuk semua IPTA satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia didaftarkan dibawah seksyen 7 bahagian III, Akta 174, Akta Institusi-institusi pelajaran (tatatertib) 1976. Sasaran utama JPP adalah dikalangan semua pelajar IPTA yang mampu berdiri dan menegakkan suara-suara pelajar ke pihak atasan. Terbuka untuk lelaki dan wanita IPTA dan diatasnya ada seorang penasihat dari kalangan pensyarah yang dilantik. Bilangan keahlian adalah terhad antara lapan(8) orang hingga 25 orang.
Matlamat utama JPP:
  • Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berdedikasi, berani dan bertanggungjawab.
  • Membantu pelajar mendapatkan hak-hak asas dan kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  • Merancang dan melaksanakan pelabagai aktiviti pelajar.
  • Menyalurkan segala pemasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
Prosedur Perlantikan Ahli JPP
  • Bilangan adalah antara 8 hingga 25 orang sahaja. Dan diketuai seorang penyelaras dan penasihat JPP yang bertanggungjawab dalam membimbing dan menasihati biro-biro berkaitan dalam perancangan dan perlaksanaa aktiviti
  • Ahli-ahli JPP dilantik pada awal sesi pengajian selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar senior.
  • Tempoh bagi pegangan jawatan exco tertinggi dan lain-lain exci ialah satu semester(6 bulan).
Peringkat-peringkat memasuki Kelab JPP
  • Mengambil borang lengkap dari Ketua Eksekutif atau Penasihat JPP sendiri.
  • Isi borang tersebut dengan lengkap. Serahkan pada masa yang ditetapkan.
  • Sesi bergambar dan penampalan poster-poster calon pemilihan JPP.
  • Sesi untuk pilihan raya bermula selepas calon-calon selesai untuk mempromosikan diri kepada pelajar-pelajar.
  • Pengiraan undian akan diadakan pada hari yang sama dan disaksikan oleh seorang wakil JPP dan Penasihat JPP.
  • Keputusan undian akan disediakan dan dan upacara pembacaan ikrar serta penyerahan watikah perlantikan akan dilaksanakan dihadapan ketua eksekutif.
Jawatan-Jawatan dalam JPP

1. Exco Tertinggi
  • Yang dipertua (YDP)
  • Naib Yang Dipertua (NYDP)
  • Setiausaha (SU)
  • Bendahari (B)
2. Exco-exco
  • Biro Multimedia & Penerbitan (2 orang)
  • Biro Kerohanian & Kebajikan (2 orang)
  • Biro Sukan & Rekreasi ( 2 orang)
  • Biro Pembangunan Akademik (setiap kos)
  • Biro Keusahawanan & Kerjaya ( 1 orang)
  • Biro Keseniaan & Kebudayaan (1 orang)
  • Biro Ekonomi (1 orang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Logo Rasmi Baru JPP

Logo Rasmi Baru JPP
Berkuatkuasa 28 Mac 2011