Friday, October 9, 2009

Pengertian Logo Rasmi JPP

Logo Rasmi JPP - berkuatkuasa Julai 2009

Warna

Merah : Keberanian dalam bersuara demi memperjuangkan hak-hak pelajar
Biru : Kejujuran & kemuliaan dalam sesuatu pekerjaan
Kelabu : Memperjuangkan keadilan pelajar-pelajar KKPS


Lambang
Logo Kolej Komuniti : Logo Kolej Komuniti Se-Malaysia
Bayang-bayang orang : Bekerjasama dalam satu pasukan
Lengkok atas : Kekuatan JPP KKPS sebenar ( The Real Of Power)
Lengkok bawah : Sikap JPP yang tidak mudah menyerah kalah dan putus asa dalam
menegakkan hak-hak pelajar KKPS.


Slogan Rasmi JPP KKPS

"Suara Anda Perjuangan Kami"
  • Segala pandangan & cadangan positif dari pelajar-pelajar dan juga ahli JPP sendiri akan kami juangkan atau suarakan ke pihak pengurusan KKPS. Segala hak-hak asas pelajar akan ditunaikan berdasarkan kata putus dari pihak Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Suara anda mewakili pelajar KKPS, Kami adalah barisan JPP yang dilantik dan terlatih.

Kenali Kami

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah satu kelab pelajar yang ditubuhkan khas untuk semua IPTA satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia didaftarkan dibawah seksyen 7 bahagian III, Akta 174, Akta Institusi-institusi pelajaran (tatatertib) 1976. Sasaran utama JPP adalah dikalangan semua pelajar IPTA yang mampu berdiri dan menegakkan suara-suara pelajar ke pihak atasan. Terbuka untuk lelaki dan wanita IPTA dan diatasnya ada seorang penasihat dari kalangan pensyarah yang dilantik. Bilangan keahlian adalah terhad antara lapan(8) orang hingga 25 orang.
Matlamat utama JPP:
  • Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berdedikasi, berani dan bertanggungjawab.
  • Membantu pelajar mendapatkan hak-hak asas dan kemudahan disamping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
  • Merancang dan melaksanakan pelabagai aktiviti pelajar.
  • Menyalurkan segala pemasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
Prosedur Perlantikan Ahli JPP
  • Bilangan adalah antara 8 hingga 25 orang sahaja. Dan diketuai seorang penyelaras dan penasihat JPP yang bertanggungjawab dalam membimbing dan menasihati biro-biro berkaitan dalam perancangan dan perlaksanaa aktiviti
  • Ahli-ahli JPP dilantik pada awal sesi pengajian selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar senior.
  • Tempoh bagi pegangan jawatan exco tertinggi dan lain-lain exci ialah satu semester(6 bulan).
Peringkat-peringkat memasuki Kelab JPP
  • Mengambil borang lengkap dari Ketua Eksekutif atau Penasihat JPP sendiri.
  • Isi borang tersebut dengan lengkap. Serahkan pada masa yang ditetapkan.
  • Sesi bergambar dan penampalan poster-poster calon pemilihan JPP.
  • Sesi untuk pilihan raya bermula selepas calon-calon selesai untuk mempromosikan diri kepada pelajar-pelajar.
  • Pengiraan undian akan diadakan pada hari yang sama dan disaksikan oleh seorang wakil JPP dan Penasihat JPP.
  • Keputusan undian akan disediakan dan dan upacara pembacaan ikrar serta penyerahan watikah perlantikan akan dilaksanakan dihadapan ketua eksekutif.
Jawatan-Jawatan dalam JPP

1. Exco Tertinggi
  • Yang dipertua (YDP)
  • Naib Yang Dipertua (NYDP)
  • Setiausaha (SU)
  • Bendahari (B)
2. Exco-exco
  • Biro Multimedia & Penerbitan (2 orang)
  • Biro Kerohanian & Kebajikan (2 orang)
  • Biro Sukan & Rekreasi ( 2 orang)
  • Biro Pembangunan Akademik (setiap kos)
  • Biro Keusahawanan & Kerjaya ( 1 orang)
  • Biro Keseniaan & Kebudayaan (1 orang)
  • Biro Ekonomi (1 orang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Logo Rasmi Baru JPP

Logo Rasmi Baru JPP
Berkuatkuasa 28 Mac 2011