Saturday, September 4, 2010

Ucapan En. Mohamad Akhyar

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpahnya, sidang redaksi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak berjaya menghasilkan E-Majalah untuk KKPS. Saya berharap para pembaca dapat meluangkan masa untuk membaca dan mengetahui perkembangan yang berlaku di kolej kita ini. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya barisan JPP KKPS sesi Januari 2009 yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti melibatkan para pelajar KKPS sepanjang sesi Januari 2009.

Semenjak kolej ini ditubuhkan bermula dari 2003, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dari segi aktiviti dalam kelas mahupun aktiviti luar kelas.

Bagi saya JPP merupakan mewakili denyut nadi seluruh warga pelajar kolej. Komitmen yang diberikan oleh barisan JPP yang berketerampilan dan bersungguh-sungguh membolehkan kebanyakkan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya.

Mungkin ini adalah wadah nukilan yang pertama dari barisan JPP KKPS terutamanya exco penerbitan dan hebahan. Oleh yang demikian mungkin terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa kesemasa. Mungkin usaha seumpama ini perlu diteruskan di masa-masa mendatang dan perlu di buat penambahbaikan. Sekalung tahniah juga harus diungkapkan kepada penasihat JPP yang berkaliber dan berwawasan seperti Encik Mohd Adha Bin Mulyadi serta Cik Nursakinah yang tidak jemu-jemu memastikan wadah yang mewakili pelajar ini bergerak aktif.

Semoga hasil sulong JPP ini mampu menjadi tatapan seluruh warga kolej bagi mengetahui serba sedikit berkaitan Kolej Komuniti Pasir Salak yang kita sayangi ini. Majulah warga kolej untuk kegemilangan kita bersama. Warga didahulukan pencapaian diutamakan, kearah satu Malaysia yang lebih gemilang.

Yang benar


....................................................

(Mohamad Akhyar Bin Mohd Noor)

Pegawai Hal Ehwal Pelajar

Kebajikan dan Disiplin

Kolej Komuniti Pasir Salak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Logo Rasmi Baru JPP

Logo Rasmi Baru JPP
Berkuatkuasa 28 Mac 2011